Soalan 2 (b)- PETIKAN CERPEN
(i) Solehah berada dalam keadaan tenat. Pundi janinnya pecah di ovari dan dia sedang koma.
(ii) Sekiranya saya seorang doktor, saya akan berusaha memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. Selain itu, saya akan memberikan motivasi dan kata- kata semangat supaya pesakit bertabah. Akhir sekali, saya akan bertutur kata dengan pesakit dengan lemah lembut bagi menjaga emosi pesakit.
(iii) Peristiwa berdasarkan dalam petikan yang berkaitan pengajaran tersebut ialah Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek
darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank
darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Peristiwa berdasarkan keseluruhan cerpen pula adalah ketika Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk
menyelamatkan Solehah dan alHafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli
keluarga,agama dan negara.
Soalan 2 (c) - PROSA TRADISIONAL
(i) Maksud “maka titah duli yang maha mulia patik junjung ialah” perintah raja Melaka
akan dipatuhi atau diikuti oleh Temenggung.
(ii) Laksamana berpandangan bahawa penjurit tersebut bukanlah pencuri biasa, bahkan lebih bijak dan lebih hebat daripada Laksamana.
(iii) Pada pendapat saya langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa adalah dengan mengadakan kawalan atau rondaan ketat oleh pihak pengawal. Seterusnya adalah dengan menguatkuasakan undang- undang yang menghukum pesalah dengan setimpal. Akhir sekali adalah dengan memasang CCTV dan mengetatkan pengawalan seperti memelihara anjing atau sistem kawalan keselamatan yang cekap.
Soalan 2 (d) -SAJAK
(i) Maksud rangkap pertama di atas ialah penyajak menyatakan bahawa dia sentiasa berasa sunyi kerana tiada siapa yang datang menziarahinya.
(ii) Pada pendapat saya,tiga sebab anak- anak berkelakuan sedemikian adalah kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja, mengejar kemewahan dunia sehingga tiada masa untuk ibu bapa. Seterusny, mereka menganggap ibu bapa menyusahkan mereka dan tidak perlu diziarahi. Akhir sekali, sesetengah anak- anak tinggal jauh daripada ibu bapa dan menyukarkan mereka untuk menziarahi ibu bapa setiap masa.
(iii) Persoalan yang terdapat dari petikan di atas ialah persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Anak- anaklah yang bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka apabila dewasa, bukannya dibiarkan mereka hidup bersendirian. Persoalan seterusnya ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Ibu yang dipinggirkan masih mendoakan kejayaan anak- anaknya kerana kasih sayang seorang ibu.