- Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
- Mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah mahupun institusi pengajian yang lain.
- Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan.
- Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.
- Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah di sekolah.
- Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.
- Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
- Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan fakta-fakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih dekat oleh golongan remaja.
- Pihak swasta boleh menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain.
- melibatkan diri dalam setiap kempen, program dan aktiviti berkaitan dengan patriotisme yang dianjurkan oleh pihak kerajaan