Rabu, 26 April 2017

Jawapan Latihan Peperiksaan Percubaan SPM TERENGGANU

soalan= https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm2-terengganu.pdf

Soalan 2 (b) -PETIKAN CERPEN

(i) Bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar kerana ilmu agama Mel masih kurang dan khuatir Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan modenisme.

(ii) Pada pendapat saya, cara- cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja adalah dengan mempertingkatkan ilmu agama dalam diri remaja. Seterusnya adalah dengan menerapkan semangat cinta akan negara dalam mata pelajaran di sekolah. Ibu bapa hendaklah memantau aktiviti anak- anak mereka supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak diingini.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang. Pengajaran yang terdapat daripada keseluruhan cerpen ialah kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.


Soalan 2 (c) - PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud rangkai kata dilihatnya seorang perlente mati ialah dilihatnya seorang penjahat meninggal dunia.

(ii) Laksamana telah menikam Kertala Sari dan memakinya. Kemudian dia memotong kemaluan Kertala Sari dan membawa pulang sebagai bukti dia telah membunuhnya.

(iii) Pada pendapat saya, kita mestilah melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah sebagai persediaan awal untuk memastikan kerja berjaya dilaksanakan. Seterusnya , kita dapat mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dan mampu mengurangkan risikonya. Akhir sekali ketelitian dalam pekerjaan dapat dilakukan dengan baik menambahkan kualiti pekerjaan tersebut.


Soalan 2 (d)- SAJAK

(i) Penyajak cuba menyampaikan seseungguhnya kampus- kampus universiti merupakan tempat percambahan pemikiran. Selain itu , penyajak menyatakan bahawa perasaan ego dan sombong boleh menghilangkan nilai pekerti seseorang.

(ii) Pada pendapat saya, seorang murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya adalah kerana mereka perlu lebih berdikari tanpa bergantung kepada ibu bapa dan rakan- rakan apabila di menara gading. Selain itu, mereka dapat mengelakkan diri daripada hilang pertimbangan iaitu kejutan budaya dan hanyut di tempat baharu. Akhir sekali, mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang boleh merosakkan mereka.

(iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah persolan kepentingan illmu dalam kehidupan. Contohnya, pada rangkap satu baris enam, tujuh dan lapan sajak, kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu, memesrai azimat dan tangkal, dari tangga gading. Persoalan seterusnya ialah persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak yang boleh dilihat pada rangkap pertama baris satu dan dua sajak. Penyajak menghantar anaknya belajar di bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan kampung.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan