soalan = https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm1-bm2-mrsm.pdf
Soalan 2( b) - PETIKAN CERPEN
(i) Ahmad Mutawakkil berpandangan bahawa orang Melayu berbudi Bahasa dan hati orang Melayu tidak mengenal erti bermusuhan.
(ii) Pada pendapat saya, untuk mengelakkan Negara kita daripada dijajah semula oleh negara asing, kerajaan hendaklah menyediakan pertahanan yang kuat daripada penjajah. Selain itu, rakyat hendaklah mengekalkan perpaduan untuk mengelakkan perpecahan kaum. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk menyumbang tenaga dan usaha demi keselamatan Negara.
(iii) Persoalan keberanian seorang anak muda dalam menyuarakan pendapat contohnya Ahmad Mutawakkil yang berani menyuarakan pendapat meskipun dia masih muda .
Persoalan lain daripada cerpen tersebut ialah kasih saying terhadap keluarga contohnya Tuan Booth yang mengambil berat akan keluarganya telah membawa mereka berpindah seminggu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
Soalan 2 (c) - PETIKAN PROSA TRADISIONAL
(i) Maksud rangkai kata menyuruh berlengkap ialah memerintahkan bersiap sedia untuk berperang.
(ii) Sidi Arab berdiri di hadapan Raja dan menghalakan panahnya ke benua Siam. Sambil menarik panah beliau berkata, " Mati engkau, Cau Pandan".
(iii) Dua ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin adalah dengan mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sekira berlaku sebarang permasalahan. Selain itu, mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara lain agar tiada persengketaan berlaku .
Soalan 2 (d) - SYAIR
(i) Rakyat menjadi ketakutan dan lari menyelematkan diri.
(ii) Pada pendapat saya, persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut ialah pihak kerajaan hendaklah mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan keperluan yang secukupnya kepada mangsa sekiranya berlaku musibah secara tiba- tiba.
(iii) Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas ialah baginda merupakan seorang raja yang adil. Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil. Selain itu, baginda bijaksana. Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan