Isnin, 27 Februari 2017

SAMBUTAN HARI RAYA CINA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat tetapi journal hari ini berkaitan dengan hari Khamis baru ini. Pada hari tersebut, Kolej Permata Pintar Negara telah mengadakan sambutan Hari Raya Cina. Sambutan ini dianjurkan oleh pelajar Asasi dan pelajar Kolej.
Pagi itu, kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi seorang fasilitator daripada pelajar Asasi. Mereka ditugaskan untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan tadi ke stesen-stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan. Di stesen pertama kumpulan saya adalah di Dewan Makan. Di stesen itu kami diajar melukis lukisan buluh menggunakan berus dan cat Cina. Moh, yang menjaga stesen itu berkata saya melukis dengan baik. Sebenarnya tahun lepas saya menjaga stesen itu juga. Bukan senang mahu belajar melukis menggunakan berus dan dakwat Cina. Mungkin dia lupa saya menjaga stesen tersebut tahun lepas. Tahun ini saya tidak berhasrat untuk menjadi sukarelawan kerana ingin bergerak ke stesen-stesen untuk meneroka aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Di stesen seterusnya kami diajar menulis kaligrafi Cina. Kwek mengetuai stesen tersebut. Ketika ingin mula menulis kaligrafi tersebut, teringat kata-kata guru saya di sekolah rendah, bahawa saya tidak boleh menulis khat kerana bertangan kiri. Maka muncul perasaan ragu-ragu ketika hendak mula menulis. Nasib baik Muner memberi dua kertas kepada saya. Tulisan yang pertama agak buruk, tetapi tulisan kedua boleh tahan rupanya sehingga dipuji oleh Kwek.(bangga) Maka setelah itu kami bergerak ke stesen seterusnya dan diajar cara menyebut perkataan Mandarin. Agak susah untuk menyebutnya kerana menggunakan intonasi. Bagi saya, semua intonasi kedengaran sama sahaja. Lain intonasi membawa maksud yang lain dalam Mandarin. Jadi, saya cuma hentam sahaja intonasi tersebut tetapi Hanif mengatakan saya berkata dengan betul.(Hanif dulu sekolah cina)
Petang itu kami semua berada di auditorium, menyaksikan pelbagai jenis persembahan daripada pelajar Moral Kolej Permata Pintar Negara dan pelajar AsasiPintar. Antaranya ialah tarian singa, tarian kipas dan tarian riben. Persembahan mereka sungguh menarik dan teratur hasil daripada latihan mereka yang banyak sejak beberapa minggu lepas. Jadi, itu sahajalah sedikit sebanyak mengenai sambutan Hari Raya Cina di Kolej Permata Pintar Negara.

1 ulasan: