Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah, akan aku sambung perlawanan semalam. Setelah Sapphire memenangi perlawanan melawan Topaz, kami berlawan pula dengan mereka di pusingan seterusnya. Andaikata kami memenangi perlawanan ini ,ia adalah satu keajaiban. Aku memanaskan badan dengan serius kerana kami akan menentang pasukan yang juga lengkap pemainnya seperti pasukan kami, tetapi lebih hebat.
Perlawanan bermula. Kami cuba mendapatkan momentum permainan. Aqil melakukan servis yang pertama. Bola berjaya dimasukkan ke gelanggang sebelah. Namun diangkat dengan mudah oleh Afham. Begitulah seterusnya. Pukulan Muaz yang tajam diangkat oleh Uwais. Pukulanku dihalang oleh Muaz. Salah seorang daripada pasukan kami mula cuak menyebabkan dia melakukan banyak kesalahan. Sapphire mengambil peluang ini untuk menjarakkan mata. Kami berjaya menenangkan pemain tersebut. Mata berjaya dikejar semula oleh pasukan Ruby. Begitu sengit sekali perlawanan ini. Apabila Ruby mendahului, Sapphire menukar pemain. Mereka memasukkan dinding mereka yang kedua, Kishen. Namun langkah yang mereka ambil tidak membantu mereka mengejar semula mata kami. Ruby masih mendahului perlawanan. Lama-kelamaan Sapphire berjaya mengejar semula. Mata akhir sudah hampir. Maka kami mengambil keputusan untuk bermain cara selamat. Maksudnya kami cuma memastikan bola berjaya masuk ke kawasan sebelah. Sekiranya melakukan 'spike', belum tentu seratus peratus bola akan memasuki kawasan sebelah, walaupun teknik itu lebih susah untuk ditepis pihak lawan. Kami cuma memberi bola tinggi sahaja ke sebelah dengan harapan mereka akan melakukan kesilapan. Ruby 29-28 Topaz. Satu sahaja lagi mata kemenangan buat Ruby. Namun begitu kami masih perlu berhati-hati kerana Topaz juga sudah menghampiri mata kemenangan . Kami terus bermain cara selamat. Demi memenangi perlawanan ini, kedua- dua pasukan bermain cara selamat. Sudah beberapa detik, namun bola masih belum jejak ke tanah. Oleh kerana terlalu lama, aku dan Irfan telah berkomunikasi secara telekinesis. (Gurau saja) Kebetulan kami berfikir perkara yang sama. Bola diangkat oleh Uwais, dipaskan kepada Irfan. Irfan menolak bola ke atas. Alamak, bola terlalu rendah. Mujur aku sudah berlari terlebih dahulu ke arah bola. Masa kami tepat. Ketika bola berada pada titik di mana tenaga keupayaannya paling tinggi,tangan kiri aku juga sudah menghampiri bola tersebut. Di saat aku menyentuh bola tersebut,dapat diagak pukulan tidak cukup kuat. Namun lega kerana bola berjaya melepasi jaring. Tetapi apa yang lebih melegakan adalah bola tersebut jatuh di ruang kosong. Afham berjaya menyentuh bola tersebut. Cis, kacau sungguh. Tetapi , bola tersebut tidak diangkat dengan kemas, menyebabkannya bergolek ke atas padang. 30-28. Jeritan kuat memenuhi trek. Pasukan Ruby bersorak kemenangan. Jadi, aku akan akhiri journal ini dengan sorakan Ruby. Kita ruby sehati jiwa! Jiwa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan