Laporan Hari Kerjaya 2017
Pada 15
Februari 2017 yang lalu, sebuah program Hari Kerjaya telah dianjurkan oleh
Pusat PERMATApintar Negara. Program tersebut berlangsung daripada jam 8.00 pagi
hingga 4.00 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para
pelajar kerjaya- kerjaya yang boleh mereka ceburi apabila tamat pengajian.
Program ini disertai oleh pelajar daripada Asasipintar, Kolej PERMATApintar,
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Tasik Puteri.
Program
bermula seawal jam 8.00 pagi di auditorium. Semua pelajar mendengar ceramah
yang disampaikan oleh pihak SIME DARBY SDN. BHD. Ceramah tersebut adalah
berkaitan dengan penajaan biasiswa oleh SIME DARBY SDN. BHD. Beliau menerangkan
kursus- kursus yang ditawarkan kepada para pelajar yang mendapat tajaan.
Pelajar juga didedahkan mengenai keperluan untuk melayakkan diri mendapat
tajaan biasiswa tersebut. Ceramah tersebut berakhir pada jam 10.00 pagi dan
semua pelajar dibenarkan berehat.
Di luar
kawasan auditorium, terdapat banyak tapak menjual makanan dan minuman. Terdapat
dua lori menjual makanan serta minuman yang menarik perhatian ramai pelajar. Pelbagai
jenis makanan dan minuman dijual ketika itu seperti kek, roti, martabak dan
burger. Keadaan di luar auditorium ketika itu begitu meriah sekali. Ada juga
pelajar Kolej PERMATApintar yang ke dewan makan untuk menjamah sedikit kuih-
muih yang telah disediakan.
Pada
jam 10.30 pagi , program diteruskan secara berasingan. Pelajar tahap 1 dan
tahap 2 Kolej PERMATApintar dan Asasipintar meneruskan program mereka di
auditorium. Pelajar asas pula meneruskan aktiviti mereka di kelas bersama- sama
dengan pelajar sekolah lain. Di auditorium, sebuah taklimat mengenai cara
membuat resume diadakan. Oleh itu, semua pelajar telah membawa komputer riba
mereka bagi menyertai aktiviti ini. Pelajar yang berada di kelas pula mendengar
ceramah mengenai kerjaya. Mereka didedahkan dengan pengetahuan mengenai
kerjaya- kerjaya yang boleh diceburi pada masa akan datang. Mereka juga telah
menjawab soalan personaliti yang bertujuan untuk mengenalpasti apakah kerjaya
yang sesuai bagi mereka di masa akan datang.
Slot
yang kedua tamat pada jam 12.30 hari. Semua pelajar Kolej PERMATApintar dan
Asasipintar dibenarkan untuk makan tengahari dan berehat manakala pelajar-
pelajar dari sekolah luar pulang ke sekolah masing- masing. Program tersebut
bersambung pada jam 2.00 petang. Para pelajar digerakkan semula ke auditorium dan melawat booth yang
berkaitan dengan bidang kerjaya yang boleh diceburi seperti bidang kejuruteraan,
farmasi dan tekologi. Setiap booth dijaga oleh wakil daripada fakulti-
fakulti daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang bersedia menerangkan
kepada para pelajar mengenai bidang yang berkaitan. Antara fakulti- fakulti
yang terlibat adalah seperti Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains
dan Teknologi dan Fakulti Farmasi.
Hari
Kerjaya yang dianjurkan telah membuka mata pelajar tentang biasiswa yang
ditawarkan serta hala tuju mereka setelah tamat pengajian. Program seperti ini
banyak memberi manfaat terutamanya dalam kalangan pelajar. Diharapkan program
seperti ini dapat dilakukan sekali lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Khalil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan