Tulis semula perbualan di bawah ke
dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
LATIHAN 1:
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “
kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas
Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya
itu
Jawapan:
Salleh bertanya kepada Ani mengenai rancangannya. Ani bertanya
semula kepada Salleh mengenai rancangan yang dimaksudkan Salleh. Salleh
menjelaskan bahawa rancangan yang dimaksudkan ialah rancangan untuk mendaki
gunung yang Ani beritahu pada Salleh tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa
rancangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu depan. Salleh
memuji Ani dan menyokong rancangan itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar
kata-kata sahabat karibnya itu.
LATIHAN 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil
meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk
tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya
Jawapan :
Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan.
Tuk Yahya menjelaskan kepada Ani bahawa dia tidak boleh tinggal di
situ kerana tempat tersebut bahaya sambil memerhati mata belolok Ani.
Ani merengek bahawa dia
tidak mempunyai siapa- siapa.
Tuk Yahya meingiyakannya mengatakan bahawa dia tahu akan hal itu.
Ani hampir meraung ketika menjelaskan bahawa dia tidak mahu
tinggal di rumah lagi kerana risau bom akan jatuh lagi di situ serta ketiadaan
datuknya.
Tuk Yahya memujuk Ani dengan menjelaskan bahawa Ani masih ada dia
dan Comot.
LATIHAN 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran
peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak
gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan
hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan
abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu
Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata
Salim……
Jawapan:
Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia kelihatan muram.
Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu yang Cikgu Khairul
bertanyakan dia pagi tadi mengenai yuran peperiksaan yang masih belum dia
bayar.
Nizam berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa lalu bertanya
mengapa dia tidak menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran.
Salim menjelaskan bahawa dia telah menggunakan duit biasiswa
tersebut untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-
baru ini.
Nizam mencadangkan Salim agar berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan perkara yang berlaku.
Salim memberitahu Nizam bahawa dia takut untuk berjumpa Cikgu
Khairul kerana kegarangannya.
LATIHAN 4:
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi
Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia
Jawapan:
Mawi yang teruja dengan kesedapan mi tersebut bertanya kepada
Felix nama mi tersebut.
Felix memberitahu Mawi bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas.
Mawi tahu bahawa mi itu pedas dan dia bertanya sekali lagi namanya
kepada Felix untuk mendapatkan kepastian. Felix menjelaskan bahawa mi tersebut
bernama Mi Pedas menurut Dolah.
Mawi mula faham lalu bertanya kepada Felix adakah tujuan dia masuk
ke kedai tersebut untuk makan Mi Pedas.
Felix mengiyakan lalu berkata kepada Mawi yang dia pernah berjanji
untuk belanja Mawi dahulu.
LATIHAN 5:
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah
semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di
rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya
susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama
berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit
Jawapan:
Norhayati bertanya kepada Norasyikin mengapa dia tidak hadir ke
sekolah semalam.
Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menjelaskan bahawa
dia ada hal di rumah.
Norhayati bertanya kepada Norasyikin apa hal tersebut dan meminta
dia menceritakannya. Dia menjelaskan sekiranya susah, mereka akan menanggung
kesusahan itu bersama- sama kerana mereka sudah lama berkawan.
Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
LATIHAN 1:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai
yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar
negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku
kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam
negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan
supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan
harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia
tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.
JAWAPAN:
“Negara Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk
dikunjungi,” Kata Kamariah.
“Betul kata kamu, Kamariah.
Negara kita mempunyai pantai- pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah,” jelas Samad.
“ Itulah, tetapi saya hairan mengapa masih ramai orang Malaysia
yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura
dan negara- negara Eropah,” balas Aziz kehairanan.
“ Betul juga kata kamu Aziz,” sokong Kamariah.
“ Saya rasa mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi
untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri,” jelas Samad.
“ Benar,” kata Aziz.
“ Sepatutnya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka,” cadang Kamariah.
“ Selain itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong
di dalam negeri perlu ditanam dalam diri,” jelas Samad.
LATIHAN 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan
suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar.
Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun
sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu
ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya
dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
JAWAPAN:
Mak Limah : Abang hendak ke mana
tergesa- gesa begini?
Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan
ahli- ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Oh, Abang makanlah nasi
dahulu kalau sibuk sekali pun , nanti lapar.
Pak Usop : Itulah , saya hendak
meletakkan jawatan sebagi pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Eh, bagaimana Abang mahu
mencari kerja selepas ini?
Pak Usop : Saya bercadang untuk
memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan