Hari ini journal berkisar tentang seorang pelajar kolej ini. Mohon pelajar tersebut untuk tidak merasa bangga sekiranya membaca journal ini. Aku lagi hebat dari kau walaupun sebenarnya kau lagi hebat dari aku. Afif Atmam nama diberi. Dari kelas 5k3. Lompatan yang dilakukannya sungguh tinggi menjadikannya hebat di gelanggang bola tampar. Lariannya sungguh laju sehingga dipuji oleh jurulatih bola sepak permata pintar. ''Laju benar budak ini,''(bukan ayat sebenar).
Maka kisah kami bermula pada tahun lepas, ketika hari sukan hampir menjelang. Akibat lariannya di khalayak ramai pada suatu petang, ramai orang melihatnya termasuklah senior rumah sukanku. Aku ditekan oleh senior untuk mengalahkan dia di hari sukan nanti. Maka bermulalah latihan yang menyakitkan mental dan fizikal bersama-sama dengan seniorku. Namun begitu, latihan tersebut tidak cukup untuk mengalahkan Afif Atmam yang juga dikenali sebagai Temey. Aku cuma meneruskan latihan seperti biasa. Tibalah hari sukan, Naqib yang dikenali sebagai Muner memberi aku kasut larinya kepada aku. Malam itu aku pakai kasut itu lalu mengalahkan Temey.Terima kasih Muner. Walaupun berjaya mengalahkannya, tetapi aku tetap tidak berpuas hati kerana aku rasa aku menang kerana kasut itu. (Kasut 'spike' adalah kasut khusus dipakai di atas trek larian. Kasut ini menambahkan cengkaman ketika berlari sedikit sebanyak menjadikan larian lebih efisien.) Sedikit fakta pada hari ini. Walaupun susah untuk mengatakan perkara ini tetapi aku mengaku dia masih lebih laju daripada aku. Wahai pembaca yang mengenali dia, mohon untuk tidak mewar warkan perkara ini kepadanya. Risau dia tidak khusyuk dalam solat kerana memikirkan hal ini.
Kehebatan seterusnya adalah pada lompatannya. Teramatlah tinggi . Dia wakil daerah Hulu Langat bola tampar. Dalam pasukan tersebut dialah lompat yang paling tinggi. Untuk makluman Hulu Langat merupakan daerah yang digeruni dalam sukan MSSS. Aku cuba sedaya upaya untuk melompat setinggi itu tetapi perkara itu tidak mungkin berlaku. Tetapi aku sudah berpuas hati apabila sudah dapat melakukan 'spike' ketika bermain bola tampar. ('Spike' yang ini adalah satu teknik dalam bola tampar. Teknik ini dilakukan dengan seorang pain menampar bola dengan laju ke lantai kawasan pihak lawan. 'Spike' yang tadi pula adalah kasut larian. Sila fahamkan perbezaannya.) Kesimpulannya, sebab melihat insan inilah menyebabkan aku tercabar untuk berlatih melakukan 'spike' . Walaupun masih tidak cukup padu namun aku tetap berpuas hati kerana dapat melakukannya kerana tinggi aku tidaklah tinggi mana. Jadi, ia adalah satu pencapaian yang hebat bagi seorang yang rendah.
wah cerita pasal tora bila lagi
BalasPadam