Khamis, 23 Februari 2017

Bola Tampar

Bola tampar merupakan sukan yang digemari pelajar tahap 2 Kolej Permata Pintar Negara. Termasuk aku sendiri. Minat terhadap sukan ini mula timbul pada tahun lepas. Pada asalnya, aku tidak meminati bola tampar kerana menganggap sukan ini hanya menyakitkan tangan. Rupanya teknik aku sebelum ini salah. Patutlah sakit tangan.
Pada satu petang yang redup, aku turun ke padang untuk bermain bola, setelah beberapa minit bermain, baru aku sedar yang rakan- rakanku tidak ramai berada di atas padang. Mereka semua sedang bermain bola tampar. Oleh kerana aku tidak merasakan keseronokan bersukan bersama rakan- rakan, maka aku pun bertukar haluan daripada bermain di atas ke padang kepada di atas trek. Pada mulanya aku tidak menjumpai keseronokan bermain bola tampar, lama kelamaan , setelah mendapat teknik yang betul, keseronokan itu muncul. Ditambah pula kelemahanku dalam melakukan servis, mencabar lagi diri ini untuk mendapatkan servis yang padu. Agak susah untuk seorang bertangan dominan kiri dan berkaki dominan kanan untuk belajar daripada mereka yang bertangan kanan. Hari bersilih ganti, aku berlatih melakukan servis sendiri, sehinggalah bola berjaya melepasi jaring. . Beberapa bulan berlalu, aku baru sedar yang aku sudah lama meninggalkan bola sepak. Minatku mula berkurang untuk bermain bola sepak, disokong pula dengan penyingkiran aku daripada pemilihan bola sepak sekolah. Dan minat terhadap bola tampar semakin bertambah. Setiap petang aku tidak lupa untuk turun bermain.
Salah satu skil dalam bola tampar yang menarik bagiku ialah 'spike' . Ia berlaku ketika 'setter' menolak bola tinggi ke atas, dan seorang pemain akan menampar bola tersebut melepasi jaring. Semakin padu pukulan dan semakin tajam bola ditampar menjadikan bola semakin susah untuk diangkat oleh pihak lawan. Maka aku pun cuba melakukannya. Teknik ini memerlukan pemain untuk melompat tinggi. Oleh kerana lompatan yang rendah, aku tidak dapat melakukannya. Maka bermulalah cabaran untuk melakukan lompatan yang cukup tinggi pula. Oleh kerana journal ini sudah hampir mencecah tiga ratus patah perkataan, maka aku akan teruskan penceritaan perjalanan mendapatkan spike di hari akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan