SET RAMALAN 1
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah
novel bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Vincent Chong
Predikat : menghadiahi Zalipah sebuah novel bersempena
dengan hari jadinya yang ke-14.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Zalipah dihadiahi Vincent Chong sebuah novel
bersempena dengan hari jadinya yang ke-14.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Bersempena dengan hari jadinya yang ke- 14,
Vincent Chong menghadiahi Zalipah sebuah novel.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
Yang
(vi)
Senaraikan satu kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat di atas.
dengan
SET RAMALAN 2
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Guru mengajar murid-murid di dalam kelas
itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan
pertengahan tahun.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Guru
Predikat: mengajar murid-murid di dalam kelas
itu subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan
pertengahan tahun.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Murid- murid di dalam kelas itu diajar oleh
guru subjek Matematik Tambahan agar mereka bersedia untuk menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Agar mereka bersedia untuk menghadapi
peperiksaan pertengahan tahun, guru mengajar murid- murid di dalam kelas itu
subjek Matematik Tambahan.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
Agar
(vi)
Senaraikan satu kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat di atas.
untuk
SET RAMALAN 3
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Abang saya yang sulung memberi ayah wang
untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Abang saya yang sulung
Predikat : memberi ayah wang untuk menjalani
pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Ayah diberi wang oleh abang saya yang sulung
untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Untuk
menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur, abang
saya yang sulung memberi ayah wang.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
yang
(vi)
Senaraikan satu kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat di atas.
untuk
SET RAMALAN 4
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana
Negara.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat di atas.
Subjek : Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan
Predikat : menganugerahi
mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat pasif.
Mantan Perdana Menteri itu
dianugerahi bintang kehormatan oleh Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong di
Istana Negara.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas kepada ayat
bersusunan songsang.
Di Istana Negara, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang
kehormatan.
(v)
Senaraikan satu kata nama khas yang terdapat dalam ayat di
atas.
Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong
(vi)
Senaraikan satu bahasa istana yang terdapat dalam ayat di
atas.
Menganugerahi
SET RAMALAN 5
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Cik Yong suka membaca buku cerita pada
masa lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Cik Yong
Predikat : suka membaca buku cerita pada masa
lapang manakala Cik Susan suka menanam pokok bunga pada hujung minggu.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Buku cerita suka dibaca oleh Cik Yong pada masa
lapang manakala pokok bunga suka ditanam oleh Cik Susan pada hujung minggu.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Suka dibaca oleh Cik Yong pada masa lapang,
buku cerita manakala suka ditanam oleh
Cik Susan pada hujung minggu, pokok bunga.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
Manakala
(vi)
Senaraikan satu kata majmuk yang
terdapat dalam ayat di atas.
Pokok bunga
SET RAMALAN 6
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Biduanita yang bersuara merdu itu telah
menghembuskan nafas terakhir di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang
tenang.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Biduanita yang bersuara merdu itu
Predikat: telah menghembuskan nafas terakhir di
sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Nafas terakhir telah dihembuskan oleh biduanita
yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya pada malam Jumaat yang tenang.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Telah menghembuskan nafas terakhir pada malam
Jumaat yang tenang ,biduanita yang bersuara merdu itu di sisi anak tunggalnya.
(v)
Senaraikan satu kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat di atas.
di
(vi)
Senaraikan satu perkataan berimbuhan
pinjaman yang terdapat dalam ayat di atas.
biduanita
SET RAMALAN 7
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Kemuning hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama
peringkat daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Kemuning
Predikat:
hanya meraih tempat ketiga dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah
yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Hanya tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Kemuning dalam pertandingan bicara berirama peringkat daerah
yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan biasa di atas
kepada ayat bersusunan songsang.
Dalam pertandingan bicara berirama peringkat
daerah yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar bersama Kementerian Pendidikan
Malaysia, hanya meraih tempat ketiga Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Kemuning.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
yang
(vi)
Senaraikan satu kata bilangan yang
terdapat dalam ayat di atas.
ketiga
SET RAMALAN 8
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Pada minggu lalu, lembu yang menanduk
kereta ayah saya itu menanduk kereta Ahmad pula.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : lembu yang menanduk kereta ayah saya
itu
Predikat: menanduk kereta Ahmad pula pada
minggu lalu
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang
menanduk kereta ayah saya pada minggu lalu.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan songsang di
atas kepada ayat bersusunan biasa.
Lembu yang menanduk kereta ayah saya itu
menanduk kereta Ahmad pula pada minggu lalu.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
Yang
(vi)
Senaraikan satu kata nama am yang
terdapat dalam ayat di atas.
lembu
SET RAMALAN 9
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Bahawa ujian bulan Januari akan bermula
pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah
Shaerra.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek
: Bahawa ujian bulan Januari
Predikat : akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
Predikat : akan bermula pada pukul 10 pagi diterangkan oleh guru bertugas, Puan Siti Zharafiyah Shaerra.
(iii)
Tukarkan ayat pasif di atas kepada ayat
aktif.
Guru
bertugas, Puan Puan Siti Zharafiyah Shaerra. Menerangkan bahawa ujian bulan
Januari akan bermula pada pukul 10 pagi.
(iv)
Senaraikan satu kata sendi nama yang
terdapat dalam ayat di atas.
Pada
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
bahawa
(vi)
Senaraikan satu kata nama am yang
terdapat dalam ayat di atas.
ujian
SET RAMALAN 10
Baca ayat di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan di bawah mengikut permintaan ayat.
Sungguhpun badannya letih selepas
bekerja seharian, Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan yang
dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya.
(i)
Nyatakan pola ayat bagi ayat di atas.
FN+ FK
(ii)
Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat
di atas.
Subjek : Alilah Sherry
Predikat : tetap menghadiri majlis perayaan
yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun
badannya letih selepas bekerja seharian.
(iii)
Tukarkan ayat aktif di atas kepada ayat
pasif.
Majlis perayaan yang dianjurkan oleh persatuan
di kawasan tempat tinggalnya tetap dihadiri oleh Alilah Sherry sungguhpun
badannya letih selepas bekerja seharian.
(iv)
Tukarkan ayat bersusunan songsang di
atas kepada ayat bersusunan biasa.
Alilah Sherry tetap menghadiri majlis perayaan
yang dianjurkan oleh persatuan penduduk di kawasan tempat tinggalnya sungguhpun
badannya letih selepas bekerja seharian.
(v)
Senaraikan satu kata hubung yang
terdapat dalam ayat di atas.
Yang
(vi)
Senaraikan satu perkataan yang
berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat di atas.
menghadiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan