Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca. Jadi, hari ini aku akan meneruskan azam minggu lepas iaitu untuk menulis journal pada setiap hari. Seperti yang diagak, azam tersebut hanya sementara. Oleh kerana cikgu telah menegaskan kami di dalam kelas hari ini, maka azam tersebut muncul kembali. Satu perkara hendak aku tekankan iaitu mengenai penggunaan kata ganti nama diri aku dan saya. Sebenarnya aku tak tahu mana yang patut digunakan dalam menulis journal ini jadi akan ada journal yang menggunakan saya dan ada yang menggunakan aku. Maka, biasa-biasakanlah wahai pembaca sekalian.
Oleh kerana minggu ini minggu sukantara, jadi journal aku minggu ini kebanyakannya akan berkisar tentang sukan. Petang tadi, pelajar lelaki telah bersaing bermain bola tampar untuk markah rumah sukan. Ruby, Sapphire, Topaz dan Emerald. Aku mewakili pasukan Ruby. Dalam pasukan kami semuanya lengkap, ada Irfan sebagai 'setter' , Uwais 'Si Libero' berjaya, Looi sebagai 'spiker' , Kamal pengangkat bola yang mahir, Aqil yang penuh karisma dan aku yang biasa-biasa sahaja. Perlawanan pertama, Ruby menentang Emerald. Kami agak cuak pada mulanya, menyebabkan pasukan Emerald mendahului beberapa mata. Mujur ahli pasukan berjaya ditenangkan, kami mengejar semula mata lalu mengalahkan pasukan Emerald. Perlawanan kedua pula ialah Sapphire menentang Topaz. Kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang unik. Sapphire mempunyai Muaz dan Kishen yang seperti dinding apabila di hadapan jaring. Topaz mempunyai Alif dan Atmam yang mempunyai pukulan selaju peluru. Ditambah pula kelebihan Atmam untuk melompat seakan -akan terbang. Sungguh, mereka sahaja di sekolah ini yang mampu membuatkan aku cuak di gelanggang. Perlawanan di antara Topaz dan Sapphire berlangsung dengan sengit. Tiada siapa tahu pasukan mana yang akan menang. Tetapi semakin lama pertahanan Topaz menjadi lemah, memberi ruang Sapphire memenangi perlawanan tersebut. Ah, lupa. Sapphire juga mempunyai seorang 'setter' yang handal bernama Annuha. Bola yang dilontarnya ke langit sungguh kemas memudahkan Muaz memukul bola dengan cantik melepasi jaring tanpa mampu diangkat oleh pasukan Topaz. Hampir terlupa lagi, walaupun Topaz mempunyai serangan yang padu, tetapi Sapphire mempunyai Afham, pertahanan kebal Sapphire. Sekiranya tiada Afham, sudah tentu wujud lubang yang besar dalam pertahanan Sapphire. Kesimpulannya, Sapphire memenangi perlawanan ini. Maka perlawanan seterusnya akan disambung dalam journal esok. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan