Setiap ayat mengandungi
satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat
tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.
1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?”
tanya para peserta perlawanan
memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
Jawapan = “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak
di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan
oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil
jualan pisang goreng yang dia
buat.
Jawapan= Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak
lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia lakukan.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi
perangai pemuda bertubuh gempal itu
lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Jawapan = Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,
tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang
pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah
di atas tuduhan memalapkan wang
syarikat tersebut.
Jawapan= Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di
mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan
menjajah ke seluruh negeri Melaka
yang syarikat itu anjurkan.
Jawapan= Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai
pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh
syarikat itu.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat
sindrom selsema burung yang
menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
Jawapan= Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh
kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah
daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan
sementara sebaik-baik
menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Jawapan= Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan
sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.
8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya
paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
begitu mengutamakan kuantiti.
Jawapan= Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali
jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam
surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian
tersebut.
Jawapan= Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di
dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat
perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut
alamat yang tercatat pada bungkusan
buku tersebut.
Jawapan= . Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya
semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat
telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda
mesyuarat tersebut.
Jawapan= Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi
mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal
lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja
semakin membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera diambil.
Jawapan= Pada hari ini, masalah penyalahgunaan dadah dalam
kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera
diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang
sudah buruk akan dibaik puluh
bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Jawapan= Kini,
bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih
bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik
ke dalam sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Jawapan= Pemilik kilang yang masih berdegil dengan membuang
sisa toksik ke dalam sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pengilang yang
lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling
potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Jawapan = Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu
saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka
sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya
ayam goreng yang dibaluti
tepung itu.
Jawapan= . Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh
ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,
akhirnya penjenayah berbahaya itu
berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Jawapan = Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,
akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa ke muka pengadilan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak
permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Jawapan = Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak
permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari
luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada
malam itu dihiburkan dengan
petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Jawapan= Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada
malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang pemuzik tanah air yang
amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan
penjenayah yang dipercayai masih
berada pada ibu negara berkenaan.
Jawapan= Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu
sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada dalam ibu negara
berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri
daripada pertandingan kerana dua
butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Jawapan = Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu
telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua biji tayar kereta
yang dipandunya meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada
tidur dan mengajak kami berjoging di
taman yang berhampiran.
Jawapan = Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan
kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada
kami tentang perjalanan kilang
tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Jawapan= Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat
kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di
situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu
tidak bekerja kerana terlibat dalam
kecederaan.
Jawapan= Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua
keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu
mati kerana digiling kereta api di
kawasan landasan itu.
Jawapan= Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa
ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan
Pulau Kerdas.
Jawapan= Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah
dipelihara di kawasan pemeliharaan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada
borang di atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Jawapan= Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan
tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang
itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat
keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Jawapan= Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit
kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling
objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
Jawapan= Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah
membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan
gol.
30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat
bagi membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang ramai.
Jawapan= Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan satu
pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada menular kepada
orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan
dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
Jawapan = Dengan ini dimaklumkan bahawa pertunjukan fesyen
ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara
dari masa ke semasa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Jawapan= Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan
negara dari masa ke masa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk
mengurangkan pegerakan wang ke luar
negara.
Jawapan = Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi
mengurangkan pemindahan wang ke luar negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi
mempertahankan tanah air kita
dari ancaman musuh.
Jawapan = Anggota- anggota pasukan keselamatan itu sanggup
bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman
musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal
itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Jawapan= Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba
basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbengkang- bengkok sebelum
tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan
disediakan dengan berapa jenis
bahan masakan di ruang masakan itu.
Jawapan= Para peserta yang menyertai pertandingan memasak
tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang
masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar
mempercepatkan kerja-kerja
pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
Jawapan= Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar percepatkan
kerja-kerja
pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah
disebabkan oleh kelemahan
pengurusan syarikat terbabit.
Jawapan = Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan
itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Jawapan = Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah
Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah
yang dia lakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Jawapan= Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah
yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar jua.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak
berkuasa perlu memberi pendidikan
yang sewajarnya pada orang ramai.
Jawapan = Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar,
pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang
ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu
telah mereka serahkan kepada pihak
pengantin perempuan.
Jawapan= Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin
lelaki itu telah diserahkan oleh mereka kepada pihak pengantin
perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu
runjukkan adalah benar setelah
melihat sijil asal yang dikemukakan.
Jawapan = Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang ditunjukkan
oleh pemuda adalah benar setelah menyemak sijil asal yang
dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk
mendapatkan maklumat tentang kepupusan
beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah
tahun.
Jawapan= Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan
untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara
kita dalam tempoh setahun setengah.
45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir
dan mencari jalan untuk
mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Jawapan = Para budayawan mestilah menjana minda untuk
sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan
di negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah
menggunakan khidmat pos segera.
Jawapan = Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda
hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan
tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
Jawapan= Hal ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka
dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat
supaya bersabar menunggu keputusan
yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Jawapan = Sehubungan itu,
beliau meminta ibu bapa dan pelajar yang terlibat supaya bersabar
menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan
keterampilan pekerja dari masa ke
semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Jawapan = Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran
dan keterampilan pekerja dari masa ke masa sehingga mencapai satu
tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia
sentiasa menjalankan penyelidikan
dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran
mereka.
Jawapan = Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di
Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi
terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan