Rabu, 26 April 2017

Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM (SBP)

soalan= https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm-2-sbp.pdf

Soalan 2 (b) - PETIKAN CERPEN

(i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil ialah insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.

(ii) Pada pendapat saya, insentif-insentif yang boleh diambil untuk mengembangkan potensi murid- murid cerdik seperti Aiman Aqil adalah dengan menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara. Seterusnya adalah dengan memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti- universiti terkemuka di dalam dan luar negara.

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah persoalan kebanggaan terhadap identiti diri seperti Aiman Aqil yang bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik. Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen ialah persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain seperti Aiman yang menyindir adik- adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.



Soalan 2 (c)- PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud mengadukan halnya dalam petikan ialah melaporkan masalahnya.

(ii) Peringatan- peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah menjaga pedang sebilah itu dengan baik, jangan dibiarkan karat dan jangan ditumpulkan matanya.

(iii) Pada pendapat saya , Tun Perak tidak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana mereka tidak akan dapat fokus terhadap peperangan yang berlangsung kerana memikirkan keselamatan keluarga mereka. Selain itu, anak dan isteri mereka akan berhadapan dengan risiko kecederaan atau kematian. Keselamatan mereka akan terancam lebih- lebih lagi apabila diketahui oleh pihak musuh.



Soalan 2 (c)- PUISI

(i) Maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas ialah nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang kerana apabila kenyang, mudah untuk seseorang itu melakukan kemungkaran.

(ii) Pada pendapat saya, tingkah laku perlu dijaga agar kita disenangi oleh masyarakat dan mudah untuk bekerja dengan masyarakat. Selain itu, kita dapat membanggakan ibu bapa dengan tingkah laku yang baik kerana mencerminkan kejayaan ibu bapa dalam mendidik. Akhir sekali adalah supaya disayangi oleh rakan- rakan dan ahli keluarga tanpa berlaku perselisihan faham.

(iii) Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini ialah niali kebijaksaan. Contohnya bijaksana dalam bertutur kata. Selain itu, nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam menghadap rezeki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan