Ahad, 9 Julai 2017

ISI- ISI KARANGAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA

  • Menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.
  • Mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah mahupun institusi pengajian yang lain.
  • Mengenang jasa-jasa tokoh pahlawan dan tokoh pejuang kebangsaan.
  • Menganjurkan pameran-pameran tentang sejarah kemerdekaan, darurat, campur tangan asing dan peperangan yang berlaku di negara kita.
  • Memperkasakan pengajaran subjek Sejarah di sekolah.
  • Kempen kesedaran 'sejarah' dalam kalangan generasi muda wajar dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan.
  • Menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan secara besar-besaran dengan lebih tumpuan kepada menimbulkan rasa kecintaan rakyat terhadap negara.
  • Pihak bertanggungjawab wajar membina galeri-galeri yang mempamerkan fakta-fakta sejarah seperti gambar, barang-barang sejarah untuk dilihat dengan lebih dekat oleh golongan remaja.
  • Pihak swasta boleh menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan sejarah tanah air, menganjurkan pertandingan menulis esei sejarah dan lain-lain.
    • melibatkan diri dalam setiap kempen, program dan aktiviti berkaitan dengan patriotisme yang dianjurkan oleh pihak kerajaan

Selasa, 2 Mei 2017

Jawapan LATIH TUBI SPM 2016 JDT

Soalan 2 (b)- PETIKAN CERPEN

(i) Solehah berada dalam keadaan tenat. Pundi janinnya pecah di ovari dan dia sedang koma.

(ii) Sekiranya saya seorang doktor, saya akan berusaha memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit. Selain itu, saya akan memberikan motivasi dan kata- kata semangat supaya pesakit bertabah. Akhir sekali, saya akan bertutur kata dengan pesakit dengan lemah lembut bagi menjaga emosi pesakit.

(iii) Peristiwa berdasarkan dalam petikan yang berkaitan pengajaran tersebut ialah Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan. Peristiwa berdasarkan keseluruhan cerpen pula adalah ketika Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk menyelamatkan Solehah dan alHafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga,agama dan negara.



Soalan 2 (c) - PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud “maka titah duli yang maha mulia patik junjung ialah” perintah raja Melaka akan dipatuhi atau diikuti oleh Temenggung.

(ii) Laksamana berpandangan bahawa penjurit tersebut bukanlah pencuri biasa, bahkan lebih bijak dan lebih hebat daripada Laksamana.

(iii) Pada pendapat saya langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan masalah kecurian daripada berleluasa adalah dengan mengadakan kawalan atau rondaan ketat oleh pihak pengawal. Seterusnya adalah dengan menguatkuasakan undang- undang yang menghukum pesalah dengan setimpal. Akhir sekali adalah dengan memasang CCTV dan mengetatkan pengawalan seperti memelihara anjing atau sistem kawalan keselamatan yang cekap.



Soalan 2 (d) -SAJAK

(i) Maksud rangkap pertama di atas ialah penyajak menyatakan bahawa dia sentiasa berasa sunyi kerana tiada siapa yang datang menziarahinya.

(ii) Pada pendapat saya,tiga sebab anak- anak berkelakuan sedemikian adalah kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja, mengejar kemewahan dunia sehingga tiada masa untuk ibu bapa. Seterusny, mereka menganggap ibu bapa menyusahkan mereka dan tidak perlu diziarahi. Akhir sekali, sesetengah anak- anak tinggal jauh daripada ibu bapa dan menyukarkan mereka untuk menziarahi ibu bapa setiap masa.

(iii)  Persoalan yang terdapat dari petikan di atas ialah persoalan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Anak- anaklah yang bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka apabila dewasa, bukannya dibiarkan mereka hidup bersendirian. Persoalan seterusnya ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Ibu yang dipinggirkan masih mendoakan kejayaan anak- anaknya kerana kasih sayang seorang ibu.

Rabu, 26 April 2017

Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM (SBP)

soalan= https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm-2-sbp.pdf

Soalan 2 (b) - PETIKAN CERPEN

(i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil ialah insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang.

(ii) Pada pendapat saya, insentif-insentif yang boleh diambil untuk mengembangkan potensi murid- murid cerdik seperti Aiman Aqil adalah dengan menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara. Seterusnya adalah dengan memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti- universiti terkemuka di dalam dan luar negara.

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah persoalan kebanggaan terhadap identiti diri seperti Aiman Aqil yang bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang baik. Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen ialah persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain seperti Aiman yang menyindir adik- adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.



Soalan 2 (c)- PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud mengadukan halnya dalam petikan ialah melaporkan masalahnya.

(ii) Peringatan- peringatan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta ialah menjaga pedang sebilah itu dengan baik, jangan dibiarkan karat dan jangan ditumpulkan matanya.

(iii) Pada pendapat saya , Tun Perak tidak wajar menyuruh orang Kelang datang ke Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka kerana mereka tidak akan dapat fokus terhadap peperangan yang berlangsung kerana memikirkan keselamatan keluarga mereka. Selain itu, anak dan isteri mereka akan berhadapan dengan risiko kecederaan atau kematian. Keselamatan mereka akan terancam lebih- lebih lagi apabila diketahui oleh pihak musuh.



Soalan 2 (c)- PUISI

(i) Maksud rangkap kelima dalam gurindam di atas ialah nafsu makan perlu dikawal supaya kita tidak melakukan perkara yang dilarang kerana apabila kenyang, mudah untuk seseorang itu melakukan kemungkaran.

(ii) Pada pendapat saya, tingkah laku perlu dijaga agar kita disenangi oleh masyarakat dan mudah untuk bekerja dengan masyarakat. Selain itu, kita dapat membanggakan ibu bapa dengan tingkah laku yang baik kerana mencerminkan kejayaan ibu bapa dalam mendidik. Akhir sekali adalah supaya disayangi oleh rakan- rakan dan ahli keluarga tanpa berlaku perselisihan faham.

(iii) Dua nilai yang dapat diamalkan oleh pelajar pada hari ini ialah niali kebijaksaan. Contohnya bijaksana dalam bertutur kata. Selain itu, nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam menghadap rezeki.

Jawapan Latihan Peperiksaan Percubaan SPM TERENGGANU

soalan= https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm2-terengganu.pdf

Soalan 2 (b) -PETIKAN CERPEN

(i) Bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar kerana ilmu agama Mel masih kurang dan khuatir Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan modenisme.

(ii) Pada pendapat saya, cara- cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja adalah dengan mempertingkatkan ilmu agama dalam diri remaja. Seterusnya adalah dengan menerapkan semangat cinta akan negara dalam mata pelajaran di sekolah. Ibu bapa hendaklah memantau aktiviti anak- anak mereka supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak diingini.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang. Pengajaran yang terdapat daripada keseluruhan cerpen ialah kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.


Soalan 2 (c) - PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud rangkai kata dilihatnya seorang perlente mati ialah dilihatnya seorang penjahat meninggal dunia.

(ii) Laksamana telah menikam Kertala Sari dan memakinya. Kemudian dia memotong kemaluan Kertala Sari dan membawa pulang sebagai bukti dia telah membunuhnya.

(iii) Pada pendapat saya, kita mestilah melakukan perancangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah sebagai persediaan awal untuk memastikan kerja berjaya dilaksanakan. Seterusnya , kita dapat mengenalpasti masalah yang bakal dihadapi dan mampu mengurangkan risikonya. Akhir sekali ketelitian dalam pekerjaan dapat dilakukan dengan baik menambahkan kualiti pekerjaan tersebut.


Soalan 2 (d)- SAJAK

(i) Penyajak cuba menyampaikan seseungguhnya kampus- kampus universiti merupakan tempat percambahan pemikiran. Selain itu , penyajak menyatakan bahawa perasaan ego dan sombong boleh menghilangkan nilai pekerti seseorang.

(ii) Pada pendapat saya, seorang murid perlu bersedia dengan langkah yang sewajarnya adalah kerana mereka perlu lebih berdikari tanpa bergantung kepada ibu bapa dan rakan- rakan apabila di menara gading. Selain itu, mereka dapat mengelakkan diri daripada hilang pertimbangan iaitu kejutan budaya dan hanyut di tempat baharu. Akhir sekali, mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang boleh merosakkan mereka.

(iii) Persoalan yang terdapat dalam petikan di atas ialah persolan kepentingan illmu dalam kehidupan. Contohnya, pada rangkap satu baris enam, tujuh dan lapan sajak, kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu, memesrai azimat dan tangkal, dari tangga gading. Persoalan seterusnya ialah persoalan tanggungjawab bapa terhadap anak yang boleh dilihat pada rangkap pertama baris satu dan dua sajak. Penyajak menghantar anaknya belajar di bandar kerana suasana dan persekitaran bandar jauh berbeza dengan kampung.







Selasa, 25 April 2017

Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM Pulau Pinang

soalan = https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/soalan-bahasa-melayu-2-p-pinang.pdf

Soalan 2 (b) - PETIKAN PROSA MODEN

(i) Keadaan wanita tua itu ialah dia hanya memakai pakaian kain kapas nipis dan tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan.

(ii) Pada pendapat saya, langkah - langkah yang dapat diambil oleh pihak kerajaan adalah dengan menyediakan rumah tumpangan kepada warga emas tersebut. Selain itu, dengan memberikan bantuan perubatan atau makanan kepadanya. Akhir sekali adalah dengan memberikan bantuan kewangan bagi meringankan bebannya.

(iii) Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak sertaberstoking lusuh dalam cuaca yang amat dingin, menyara hidup dengan menjual makanan burung. Persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar. Contohnya, 'aku' berasa kasihan terhadap haiwan kijnag yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.


Soalan 2 (c) - PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud senantiasa beringgit ialah selalu bermusuhan.

(ii) Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar , berlaku perpecahan rakyat. Sesetengah menyokong Paduka Raja manakala sesetengah menyokong Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah terlalu berdukacita melihat perilaku Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.

(iii) Pada pendapat saya, sekiranya pemimpin tidak bermuafakat, masing- masing akan membuang masa untuk membina pengaruh daripada menguruskan pentadbiran. Selain itu, akan berlaku banyak penyelewengan. Negara akan menjadi tidak aman kerana terdedah kepada ancaman luar kerana kelemahan pemimpin.


Soalan 2 (d) - GURINDAM

(i) Maksud rangkap gurindam di atas ialah nama seseorang yang telah membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.

(ii) Pada pendapat saya, seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa kasar dalam pergaulan adalah untuk tidak menyinggung perasaan seseorang. Seterusnya adalah untuk mengelakkan perselisihan faham dan akhir sekali adalah untuk mencegah daripada berlakunya pergaduhan.

(iii) Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata- kata untuk mengelakkan salah faham. Kita mestilah bijak memilih rakan supaya dap[at membimbing kita ke arah kebaikan.

Jawapan Latihan Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2016

soalan = https://pppnukm.files.wordpress.com/2012/09/bm1-bm2-mrsm.pdf


Soalan 2( b) - PETIKAN CERPEN

(i) Ahmad Mutawakkil berpandangan bahawa orang Melayu berbudi Bahasa dan hati orang Melayu tidak mengenal erti bermusuhan.

(ii) Pada pendapat saya, untuk mengelakkan Negara kita daripada dijajah semula oleh negara asing, kerajaan hendaklah menyediakan pertahanan yang kuat daripada penjajah. Selain itu, rakyat hendaklah mengekalkan perpaduan untuk mengelakkan perpecahan kaum. Rakyat hendaklah sentiasa bersedia untuk menyumbang tenaga dan usaha demi keselamatan Negara.

(iii) Persoalan keberanian seorang anak muda dalam menyuarakan pendapat contohnya Ahmad Mutawakkil yang berani menyuarakan pendapat meskipun dia masih muda .
Persoalan lain daripada cerpen tersebut ialah kasih saying terhadap keluarga contohnya Tuan Booth yang mengambil berat akan keluarganya telah membawa mereka berpindah seminggu sebelum kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.


Soalan 2 (c) - PETIKAN PROSA TRADISIONAL

(i) Maksud rangkai kata menyuruh berlengkap ialah memerintahkan bersiap sedia untuk berperang.

(ii) Sidi Arab berdiri di hadapan Raja dan menghalakan panahnya ke benua Siam. Sambil menarik panah beliau berkata, " Mati engkau, Cau Pandan".

(iii) Dua ikhtiar yang boleh dilakukan oleh seorang pemimpin adalah dengan mengadakan rundingan dengan Negara terlibat sekira berlaku sebarang permasalahan. Selain itu, mengadakan hubungan diplomatic dengan Negara lain agar tiada persengketaan berlaku .


Soalan 2 (d) - SYAIR

(i) Rakyat menjadi ketakutan dan lari menyelematkan diri.

(ii) Pada pendapat saya, persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi musibah tersebut ialah pihak kerajaan hendaklah mengarahkan rakyat bersiap sedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan keperluan yang secukupnya kepada mangsa sekiranya berlaku musibah secara tiba- tiba.

(iii) Dua perwatakan Raja Negeri Kembayat yang terdapat dalam syair di atas ialah baginda merupakan seorang raja yang adil. Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil. Selain itu, baginda bijaksana. Raja Negeri Kembayat bijaksana dalam pemerintahannya.

Isnin, 27 Februari 2017

SAMBUTAN HARI RAYA CINA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat tetapi journal hari ini berkaitan dengan hari Khamis baru ini. Pada hari tersebut, Kolej Permata Pintar Negara telah mengadakan sambutan Hari Raya Cina. Sambutan ini dianjurkan oleh pelajar Asasi dan pelajar Kolej.
Pagi itu, kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi seorang fasilitator daripada pelajar Asasi. Mereka ditugaskan untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan tadi ke stesen-stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan. Di stesen pertama kumpulan saya adalah di Dewan Makan. Di stesen itu kami diajar melukis lukisan buluh menggunakan berus dan cat Cina. Moh, yang menjaga stesen itu berkata saya melukis dengan baik. Sebenarnya tahun lepas saya menjaga stesen itu juga. Bukan senang mahu belajar melukis menggunakan berus dan dakwat Cina. Mungkin dia lupa saya menjaga stesen tersebut tahun lepas. Tahun ini saya tidak berhasrat untuk menjadi sukarelawan kerana ingin bergerak ke stesen-stesen untuk meneroka aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Di stesen seterusnya kami diajar menulis kaligrafi Cina. Kwek mengetuai stesen tersebut. Ketika ingin mula menulis kaligrafi tersebut, teringat kata-kata guru saya di sekolah rendah, bahawa saya tidak boleh menulis khat kerana bertangan kiri. Maka muncul perasaan ragu-ragu ketika hendak mula menulis. Nasib baik Muner memberi dua kertas kepada saya. Tulisan yang pertama agak buruk, tetapi tulisan kedua boleh tahan rupanya sehingga dipuji oleh Kwek.(bangga) Maka setelah itu kami bergerak ke stesen seterusnya dan diajar cara menyebut perkataan Mandarin. Agak susah untuk menyebutnya kerana menggunakan intonasi. Bagi saya, semua intonasi kedengaran sama sahaja. Lain intonasi membawa maksud yang lain dalam Mandarin. Jadi, saya cuma hentam sahaja intonasi tersebut tetapi Hanif mengatakan saya berkata dengan betul.(Hanif dulu sekolah cina)
Petang itu kami semua berada di auditorium, menyaksikan pelbagai jenis persembahan daripada pelajar Moral Kolej Permata Pintar Negara dan pelajar AsasiPintar. Antaranya ialah tarian singa, tarian kipas dan tarian riben. Persembahan mereka sungguh menarik dan teratur hasil daripada latihan mereka yang banyak sejak beberapa minggu lepas. Jadi, itu sahajalah sedikit sebanyak mengenai sambutan Hari Raya Cina di Kolej Permata Pintar Negara.