Beri maksud peribahasa yang diberi
di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan
1:
1.
bagaikan kera mendapat bunga
maksud : orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
yang berharga.
Ayat : Ali bagaikan kera mendapat bunga kerana baru sahaja
mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja Ali
telah merosakkannya.
2.
kerana lembu seekor membawa
lumpur, semuanya terpalit
maksud : disebabkan seorang berbuat keburukan, satu kumpulan
menjadi buruk.
Ayat : Penglibatan pelajar tersebut dalam jenayah itu mencemarkan
nama baik sekolahnya kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3.
burung terbang dipipiskan lada
maksud: mengharapkan sesuatu yang belum pasti
ayat: Ahmad seperti burung terbang dipipiskan lada kerana
mengharapkan tawaran kemasukannya ke Universiti.
4.
menegakkan benang yang basah
maksud: menegakkan perkara yang salah
ayat : Janganlah kita bersikap menegakkan benang yang basah
walaupun antar rakan- rakan.
5.
bagaikan telur dihujung tanduk
maksud: situasi yang genting/ bahaya
ayat : Lelaki tersebut bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia
hampir dilanggar oleh lori tersebut.
6.
ular menyusur akar tidak akan
hilang bisanya
maksud: orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya
ayat: Walaupun Afham seorang yang pandai, dia tidak sombong dengan
rakan- rakannya seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7.
bagaikan tikus jatuh di kepuk
maksud: mendapat keuntungan secara tiba- tiba
ayat: Ah Chong bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah memenangi
loteri minggu lepas.
8.
matinya semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya
diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.
9.
air dicincang tidak akan putus
maksud: pergaduhan di antara adik – adik tidak akan berpanjangan
tetapi akan baik semula
ayat: Pergaduhan anak- anak Sidek tidak berpanjangan kerana air
dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan
embun di hujung rumput
maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan
ayat: Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah bagaikan embun di
hujung rumput.
Latihan
2:
1.
seperti mendukung biawak hidup
maksud : melakukan pekerjaan yang sukar dan berbahaya
ayat : Harith seperti mendukung biawak hidup apabila melibatkan
diri dalam ekspedisi ke gunung berapi itu.
2.
sudah jatuh ditimpa tangga
maksud : menerima nasib malang yang berterusan
ayat: Hidup Mei bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah
begnya diragut, rumah dia pula dirompak.
3.
kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan
maksud: mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
ayat : Sikap jutawan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan kerana sibuk membiayai pelajar- pelajar cemerlang namun
anaknya disuruh mencari wang sendiri.
4.
ditelan mati emak, dibuang mati
bapak
maksud: dalam keadaan serba salah
ayat: Ayop tidak tahu untuk menggunakan duitnya untuk membeli buku
atau membantu rakannya yang susah kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.
5.
kalau tidak berada-ada, masakan
tempua bersarang rendah
maksud: berbuat baik atas sebab tersembunyi
ayat: Dia hanya berkelakuan sopan di hadapan perempuan itu untuk
memikatnya kerana kalau tidak berada- ada, masakan tempua besarang rendah.
6.
bagaikan anjing dengan
bayang-bayang
maksud: orang yang tamak selalu rugi
ayat : “Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-
bayang,” pesan ibu kepada adik.
7.
sekilas ikan di air, sudah kutahu
jantan betina
maksud: tahu keadaan sebenar walaupun melihat luaran sahaja
ayat : Melihat raut wajah Faiz, sudah tahu dia sedang bersedih
kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8.
genggam bara api biar sampai
menjadi arang
maksud : berusaha bersungguh- sungguh sehingga berjaya
ayat : Oleh kerana kerajinan Zul dalam berlatih, dia berjaya
mendapat tempat dalam pertandingan merentas desa umpama genggam bara api biar
sampai menjadi arang.
9.
bagai mencurah air ke daun keladi
maksud: melakukan perbuatan yang sia- sia
ayat : Iskandar bagai mencurah air ke daun keladi apabila menegur
adiknya yang degil.
10. kuman
di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
maksud: kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun
kesalahan sendiri yang banyak tidak disedari
ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di
seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Latihan
3:
1.
Bagaikan lalat mengharung najis/
tahi
Maksud: di mana ada punca rezeki, di situlah ramai orang
Ayat : Di tempat perjudian itu ramai orang berkumpul bagaikan
lalat menharung najis.
2.
Seperti cendawan tumbuh selepas
hujan
Maksud : tumbuh dengan pesat
Ayat : Pembangunan di Kota Warisan seperti cendawan tumbuh selepas
hujan.
3.
sehari sehelai benang, lama-lama
menjadi kain
maksud : usaha gigih yang sedikit tetapi berterusan membuahkan
hasil.
Ayat : Farhat tidak jemu mengulangkaji pelajaran walaupun satu jam
sehari menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan kerana sehari sehelai benang,
lama – lama menjadi kain.
4.
seperti pelanduk dua serupa
maksud: mempunyai wajah yang sama
ayat : Saya menegur Ikhwan menyangkakan dia Uwais rupanya tidak
kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.
5.
melentur buluh biarlah dari
rebungnya
maksud: mendidik anak biarlah sejak kecil
Ayat : Amalan menabung hendaklah dididik dari kecil kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6.
seperti ular kena palu
maksud : barisan yang bengkang bengkok
ayat : Pengawas tersebut sedang membetulkan barisan pelajar yang
seperti ular kena palu.
7.
mati semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya
diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.
8.
bagai mendapat durian runtuh
maksud : mendapat keuntungan secara tiba -tiba
ayat : Alif bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah
cabutan bertuah telefon bimbit keluaran terkini.
9.
umpama tidur sebantal tetapi mimpi
lain-lain
maksud: dua orang yang rapat tetapi mempunyai minat lain- lain
ayat : Walaupun Hashif dan Azizul rapat tetapi mereka belajar dua
jurusan berlainan di Universiti umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain- lain.
10. mendengar
guruh di langit, air tempayan dicurahkan
maksud: mendengar sesuatu yang belum pasti ,apa yang ada
dibuang/ditinggalkan
ayat: Apabila Chin Kai mendengar berita bahawa dia mendapat kerja
baru , dia terus berhenti daripada kerja
lamanya seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
Latihan 4:
Beri
peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1.
Kata-kata dan janji manis yang
diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh
penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud
yang tertentu.
-seperti menanam tebu di tepi bibir
2.
Selepas pertandingan memilih calon
wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik
semula seperti sediakala.
-carik – carik bulu ayam lama- lama bercantum juga
3.
Walaupun sudah sepuluh tahun
berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram
masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
- bagai itik pulang petang
4.
Walaupun berbadan besar dan
kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati
,lemah lembut, dan penyayang.
-
5.
Walaupun keluarga Encik Mohd.
Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya
rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
-
Mulut tempayan boleh ditutup,
mulut manusia tak dapat ditutup
6.
Hanya Husaini sahaja yang nakal di
kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut
sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
- kerana nila setitik rosak susu sebelanga
7.
Walaupun asalnya Saidiyah seorang
pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh
guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
- belakang parang kalau diasah lagikan tajam
8.
Farislullah seorang pelajar yang
tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan
badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
-Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.
9.
Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap
semula di
kampungnya
yang terletak di Negeri Sembilan.
-
bagai ikan pulang ke lubuk
10.
Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya
berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh
kekaksihnya itu.
-
bagai mencurahkan air ke daun keladi