Isnin, 27 Februari 2017

SAMBUTAN HARI RAYA CINA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun agak terlewat tetapi journal hari ini berkaitan dengan hari Khamis baru ini. Pada hari tersebut, Kolej Permata Pintar Negara telah mengadakan sambutan Hari Raya Cina. Sambutan ini dianjurkan oleh pelajar Asasi dan pelajar Kolej.
Pagi itu, kami dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi seorang fasilitator daripada pelajar Asasi. Mereka ditugaskan untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan tadi ke stesen-stesen. Setiap stesen mempunyai aktiviti yang berlainan. Di stesen pertama kumpulan saya adalah di Dewan Makan. Di stesen itu kami diajar melukis lukisan buluh menggunakan berus dan cat Cina. Moh, yang menjaga stesen itu berkata saya melukis dengan baik. Sebenarnya tahun lepas saya menjaga stesen itu juga. Bukan senang mahu belajar melukis menggunakan berus dan dakwat Cina. Mungkin dia lupa saya menjaga stesen tersebut tahun lepas. Tahun ini saya tidak berhasrat untuk menjadi sukarelawan kerana ingin bergerak ke stesen-stesen untuk meneroka aktiviti-aktiviti yang dilakukan.
Di stesen seterusnya kami diajar menulis kaligrafi Cina. Kwek mengetuai stesen tersebut. Ketika ingin mula menulis kaligrafi tersebut, teringat kata-kata guru saya di sekolah rendah, bahawa saya tidak boleh menulis khat kerana bertangan kiri. Maka muncul perasaan ragu-ragu ketika hendak mula menulis. Nasib baik Muner memberi dua kertas kepada saya. Tulisan yang pertama agak buruk, tetapi tulisan kedua boleh tahan rupanya sehingga dipuji oleh Kwek.(bangga) Maka setelah itu kami bergerak ke stesen seterusnya dan diajar cara menyebut perkataan Mandarin. Agak susah untuk menyebutnya kerana menggunakan intonasi. Bagi saya, semua intonasi kedengaran sama sahaja. Lain intonasi membawa maksud yang lain dalam Mandarin. Jadi, saya cuma hentam sahaja intonasi tersebut tetapi Hanif mengatakan saya berkata dengan betul.(Hanif dulu sekolah cina)
Petang itu kami semua berada di auditorium, menyaksikan pelbagai jenis persembahan daripada pelajar Moral Kolej Permata Pintar Negara dan pelajar AsasiPintar. Antaranya ialah tarian singa, tarian kipas dan tarian riben. Persembahan mereka sungguh menarik dan teratur hasil daripada latihan mereka yang banyak sejak beberapa minggu lepas. Jadi, itu sahajalah sedikit sebanyak mengenai sambutan Hari Raya Cina di Kolej Permata Pintar Negara.

Ahad, 26 Februari 2017

JAWAPAN LATIHAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN


 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
-bertepuk
-sambutan

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
-perasmian
-melawat

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
- prasekolah

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
-atlet
-memenangi

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama
pada waktu puncak.
- terperangkap
-kemuncak

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.
-diadakan
- Pilihanraya

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.
- masakan
- Restoran Dusun

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
- menculik
-ditangkap
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat
diri dalam lapangan perniagaan.
- melibatkan
- Kelayakan

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
- besar- besaran

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
- pihak
- merunsing

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
- menguatkuasakan

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
- maruah
- menghindarkan

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
- memperlebar
- bergotong- royong

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.
- diadakan
-ke-52

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
-kontraktor
- mengesali

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
- memastikan
- sama ada

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
-kakitangan
- perkhidmatan




39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
- bersatu- padu
-rasksasa

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
- membanteras
- memperbesar

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
- ke- 51
- dipersembahkan

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
-agensi
- menjalankan
43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.
- efisien
- menggubal

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
- stesen
- diperkenalkan

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga
dewasa.
- menghadiahi
- membesarkan

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
- pelaksanaan
- Bahasa Inggeris

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
-seluruh
- tersebar

Sabtu, 25 Februari 2017

JAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA


Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

Latihan 1:

1.      bagaikan kera mendapat bunga
maksud : orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga.
Ayat : Ali bagaikan kera mendapat bunga kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja Ali telah merosakkannya.

2.      kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
maksud : disebabkan seorang berbuat keburukan, satu kumpulan menjadi buruk.
Ayat : Penglibatan pelajar tersebut dalam jenayah itu mencemarkan nama baik sekolahnya kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

3.      burung terbang dipipiskan lada
maksud: mengharapkan sesuatu yang belum pasti
ayat: Ahmad seperti burung terbang dipipiskan lada kerana mengharapkan tawaran kemasukannya ke Universiti.

4.      menegakkan benang yang basah
maksud: menegakkan perkara yang salah
ayat : Janganlah kita bersikap menegakkan benang yang basah walaupun antar rakan- rakan.

5.      bagaikan telur dihujung tanduk
maksud: situasi yang genting/ bahaya
ayat : Lelaki tersebut bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia hampir dilanggar oleh lori tersebut.

6.      ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
maksud: orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya
ayat: Walaupun Afham seorang yang pandai, dia tidak sombong dengan rakan- rakannya seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

7.      bagaikan tikus jatuh di kepuk
maksud: mendapat keuntungan secara tiba- tiba
ayat: Ah Chong bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah memenangi loteri minggu lepas.

8.      matinya semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.

9.      air dicincang tidak akan putus
maksud: pergaduhan di antara adik – adik tidak akan berpanjangan tetapi akan baik semula
ayat: Pergaduhan anak- anak Sidek tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus.

10.  bagaikan embun di hujung rumput
maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan
ayat: Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah bagaikan embun di hujung rumput.




Latihan 2:

1.      seperti mendukung biawak hidup
maksud : melakukan pekerjaan yang sukar dan berbahaya
ayat : Harith seperti mendukung biawak hidup apabila melibatkan diri dalam ekspedisi ke gunung berapi itu.

2.      sudah jatuh ditimpa tangga
maksud : menerima nasib malang yang berterusan
ayat: Hidup Mei bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah begnya diragut, rumah dia pula dirompak.

3.      kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
maksud: mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
ayat : Sikap jutawan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sibuk membiayai pelajar- pelajar cemerlang namun anaknya disuruh mencari wang sendiri.

4.      ditelan mati emak, dibuang mati bapak
maksud: dalam keadaan serba salah
ayat: Ayop tidak tahu untuk menggunakan duitnya untuk membeli buku atau membantu rakannya yang susah kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.

5.      kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
maksud: berbuat baik atas sebab tersembunyi
ayat: Dia hanya berkelakuan sopan di hadapan perempuan itu untuk memikatnya kerana kalau tidak berada- ada, masakan tempua besarang rendah.

6.      bagaikan anjing dengan bayang-bayang
maksud: orang yang tamak selalu rugi
ayat : “Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang- bayang,” pesan ibu kepada adik.

7.      sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
maksud: tahu keadaan sebenar walaupun melihat luaran sahaja
ayat : Melihat raut wajah Faiz, sudah tahu dia sedang bersedih kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.

8.      genggam bara api biar sampai menjadi arang
maksud : berusaha bersungguh- sungguh sehingga berjaya
ayat : Oleh kerana kerajinan Zul dalam berlatih, dia berjaya mendapat tempat dalam pertandingan merentas desa umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.

9.      bagai mencurah air ke daun keladi
maksud: melakukan perbuatan yang sia- sia
ayat : Iskandar bagai mencurah air ke daun keladi apabila menegur adiknya yang degil.

10.  kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
maksud: kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun kesalahan sendiri yang banyak tidak disedari
ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
                 

Latihan 3:

1.      Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
Maksud: di mana ada punca rezeki, di situlah ramai orang
Ayat : Di tempat perjudian itu ramai orang berkumpul bagaikan lalat menharung najis.

2.      Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : tumbuh dengan pesat
Ayat : Pembangunan di Kota Warisan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

3.      sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
maksud : usaha gigih yang sedikit tetapi berterusan membuahkan hasil.
Ayat : Farhat tidak jemu mengulangkaji pelajaran walaupun satu jam sehari menyebabkan dia berjaya dalam peperiksaan kerana sehari sehelai benang, lama – lama menjadi kain.

4.      seperti pelanduk dua serupa
maksud: mempunyai wajah yang sama
ayat : Saya menegur Ikhwan menyangkakan dia Uwais rupanya tidak kerana mereka seperti pelanduk dua serupa.

5.      melentur buluh biarlah dari rebungnya
maksud: mendidik anak biarlah sejak kecil
Ayat : Amalan menabung hendaklah dididik dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.      seperti ular kena palu
maksud : barisan yang bengkang bengkok
ayat : Pengawas tersebut sedang membetulkan barisan pelajar yang seperti ular kena palu.

7.      mati semut kerana gula
maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis kerana matinya semut kerana gula.


8.      bagai mendapat durian runtuh
maksud : mendapat keuntungan secara tiba -tiba
ayat : Alif bagai mendapat durian runtuh apabila memenangi hadiah cabutan bertuah telefon bimbit keluaran terkini.

9.      umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
maksud: dua orang yang rapat tetapi mempunyai minat lain- lain
ayat : Walaupun Hashif dan Azizul rapat tetapi mereka belajar dua jurusan berlainan di Universiti umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain- lain.

10.  mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
maksud: mendengar sesuatu yang belum pasti ,apa yang ada dibuang/ditinggalkan
ayat: Apabila Chin Kai mendengar berita bahawa dia mendapat kerja baru , dia  terus berhenti daripada kerja lamanya seperti mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.


Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1.      Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
-seperti menanam tebu di tepi bibir

2.      Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
-carik – carik bulu ayam lama- lama bercantum juga

3.      Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
- bagai itik pulang petang

4.      Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hati ,lemah lembut, dan penyayang.
-

5.      Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
-          Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup

6.      Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
- kerana nila setitik rosak susu sebelanga

7.      Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.  
- belakang parang kalau diasah lagikan tajam

8.      Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
-Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
- bagai ikan pulang ke lubuk

10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.

- bagai mencurahkan air ke daun keladi 

JAWAPAN LATIHAN CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH


 Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

LATIHAN 1:
“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Jawapan:
Salleh bertanya kepada Ani mengenai rancangannya. Ani bertanya semula kepada Salleh mengenai rancangan yang dimaksudkan Salleh. Salleh menjelaskan bahawa rancangan yang dimaksudkan ialah rancangan untuk mendaki gunung yang Ani beritahu pada Salleh tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu depan. Salleh memuji Ani dan menyokong rancangan itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.


LATIHAN 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya

Jawapan :
Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan.
Tuk Yahya menjelaskan kepada Ani bahawa dia tidak boleh tinggal di situ kerana tempat tersebut bahaya sambil memerhati mata belolok Ani.
 Ani merengek bahawa dia tidak mempunyai siapa- siapa.
Tuk Yahya meingiyakannya mengatakan bahawa dia tahu akan hal itu.
Ani hampir meraung ketika menjelaskan bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah lagi kerana risau bom akan jatuh lagi di situ serta ketiadaan datuknya.
Tuk Yahya memujuk Ani dengan menjelaskan bahawa Ani masih ada dia dan Comot.

  
LATIHAN  3:  
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim……

Jawapan:
Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia kelihatan muram.
Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu yang Cikgu Khairul bertanyakan dia pagi tadi mengenai yuran peperiksaan yang masih belum dia bayar.
Nizam berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa lalu bertanya mengapa dia tidak menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran.
Salim menjelaskan bahawa dia telah menggunakan duit biasiswa tersebut untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru- baru ini.
Nizam mencadangkan Salim agar berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang berlaku.
Salim memberitahu Nizam bahawa dia takut untuk berjumpa Cikgu Khairul kerana kegarangannya.


LATIHAN 4:

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia

Jawapan:
Mawi yang teruja dengan kesedapan mi tersebut bertanya kepada Felix nama mi tersebut.
Felix memberitahu Mawi bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas.
Mawi tahu bahawa mi itu pedas dan dia bertanya sekali lagi namanya kepada Felix untuk mendapatkan kepastian. Felix menjelaskan bahawa mi tersebut bernama Mi Pedas menurut Dolah.
Mawi mula faham lalu bertanya kepada Felix adakah tujuan dia masuk ke kedai tersebut untuk makan Mi Pedas.
Felix mengiyakan lalu berkata kepada Mawi yang dia pernah berjanji untuk belanja Mawi dahulu.


LATIHAN 5:
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit

Jawapan:
Norhayati bertanya kepada Norasyikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati dan menjelaskan bahawa dia ada hal di rumah.
Norhayati bertanya kepada Norasyikin apa hal tersebut dan meminta dia menceritakannya. Dia menjelaskan sekiranya susah, mereka akan menanggung kesusahan itu bersama- sama kerana mereka sudah lama berkawan.
Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.


Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

LATIHAN 1:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

JAWAPAN:
“Negara Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi,” Kata Kamariah.
“Betul kata kamu,  Kamariah. Negara kita mempunyai pantai- pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah,” jelas Samad.
“ Itulah, tetapi saya hairan mengapa masih ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara- negara Eropah,” balas Aziz kehairanan.
“ Betul juga kata kamu Aziz,” sokong Kamariah.
“ Saya rasa mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri,” jelas Samad.
“ Benar,” kata Aziz.
“ Sepatutnya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka,” cadang Kamariah.
“ Selain itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri,” jelas Samad.


LATIHAN 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

JAWAPAN:
Mak Limah : Abang hendak ke mana tergesa- gesa begini?
Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli- ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Oh, Abang makanlah nasi dahulu kalau sibuk sekali pun , nanti lapar.
Pak Usop : Itulah , saya hendak meletakkan jawatan sebagi pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Eh, bagaimana Abang mahu mencari kerja selepas ini?
Pak Usop : Saya bercadang untuk memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.


JAWAPAN LATIHAN TATABAHASA & ISTILAH


 Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan
memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
Jawapan = “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia
buat.
Jawapan= Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia lakukan.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu
lebih baik dari seorang pemuda lagi.
Jawapan = Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang
syarikat tersebut.
Jawapan= Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka
yang syarikat itu anjurkan.
Jawapan= Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang
menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
Jawapan= Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.


7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik
menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Jawapan= Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat penempatan sementara sebaik sahaja menerima arahan daripada pihak berkuasa.

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut
begitu mengutamakan kuantiti.
Jawapan= Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
Jawapan= Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan
buku tersebut.
Jawapan= . Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Jawapan= Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera diambil.
Jawapan= Pada hari ini, masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh
bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
Jawapan=  Kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
Jawapan= Pemilik kilang yang masih berdegil dengan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pengilang yang lain.

15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.
Jawapan = Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti
tepung itu.
Jawapan= . Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.

 17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu
berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
Jawapan = Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa ke muka pengadilan.

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
Jawapan = Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan
petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Jawapan= Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang pemuzik tanah air yang amat terkenal.

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih
berada pada ibu negara berkenaan.
Jawapan= Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada dalam ibu negara berkenaan.

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua
butir tayar kereta yang dipandunya meletup.
Jawapan = Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua biji tayar kereta yang dipandunya meletup.

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di
taman yang berhampiran.
Jawapan = Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang
tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
Jawapan= Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam
kecederaan.
Jawapan= Mereka menempuh pelbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di
kawasan landasan itu.
Jawapan= Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
Jawapan= Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan pemeliharaan Pulau Kerdas.

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
Jawapan= Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Jawapan= Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
Jawapan= Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.

30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang ramai.
Jawapan= Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan satu pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada menular kepada orang ramai.

31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
Jawapan = Dengan ini dimaklumkan bahawa pertunjukan fesyen ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.
Jawapan= Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke masa agar
tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar
negara.
Jawapan = Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi mengurangkan pemindahan wang ke luar negara.

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita
dari ancaman musuh.
Jawapan = Anggota- anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh.

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
Jawapan= Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbengkang- bengkok sebelum tiba ke garisan penamat.

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis
bahan masakan di ruang masakan itu.
Jawapan= Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja
pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
Jawapan= Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar percepatkan kerja-kerja
pembinaan rumah kos rendah yang masih terbengkalai.

38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan
pengurusan syarikat terbabit.
Jawapan = Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
Jawapan = Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
Jawapan= Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar jua.

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan
yang sewajarnya pada orang ramai.
Jawapan = Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak
pengantin perempuan.
Jawapan= Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan oleh mereka kepada pihak pengantin perempuan.

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah
melihat sijil asal yang dikemukakan.
Jawapan = Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang ditunjukkan oleh pemuda adalah benar setelah menyemak sijil asal yang dikemukakan.

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan
beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.
Jawapan= Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh setahun setengah.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk
mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
Jawapan = Para budayawan mestilah menjana minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Jawapan = Sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.
Jawapan= Hal ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan
yang bakal di buat pada minggu hadapan.
Jawapan =  Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar yang terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada minggu hadapan.

49. Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke
semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
Jawapan = Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa sehingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan
dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Jawapan = Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran mereka.