Aku mempunyai azam baharu, untuk melengkapi journal harian yang ditugaskan kami untuk membuatnya. Walaupun aku yakin azam ini hanya sementara, namun aku akan cuba bertahan selama mungkin demi melaksanakan amanah ini.
Baiklah, di dalam journal kali ini saya akan membincangkan mengenai baju dan seterika. Baju merupakan kain yang dipakai oleh manusia untuk menutup badan mereka manakala seterika digunakan untuk melicinkan serta menghilangkan kedutan pada pakaian agar kelihatan kemas. Di Kolej ini, dua perkara ini sering dijadikan alasan bagi para pelajar apabila mereka lewat.
Pertama sekali , pelajar menggunakan alasan tidak sempat menseterika baju kemeja kerana kekurangan seterika di asrama. Apabila ramai pelajar menggunakannya pada satu masa, maka wujudlah gantungan baju kemeja bermacam warna di sekitar kawasan menggosok baju. Oh, ada juga sesetengah orang menggunakan istilah menggosok baju serta iron baju. Jadi, perkara ini merupakan satu punca yang menyebabkan pelajar lewat ke perhimpunan pagi. Pernah sekali tahun lepas, aku tidak menggosok baju pada malam sebelumnya , kerana terlalu mengantuk yang luar biasa. Maka aku mengambil keputusan untuk menggosoknya pada pagi esok. Bangun sahaja dari tidur aku terus meluru ke tempat menggosok baju. Namun, kiraanku silap. Sudah banyak gantungan baju melayu putih beserta samping di sekitar kawasan itu menunjukkan bahawa mereka sudah 'mengecop' giliran.
Oleh kerana azan telah berkumandang, maka aku mengambil keputusan untuk melakukannya setelah solat subuh berjemaah. Sekali lagi aku tersilap langkah, masih ramai pelajar beratur di tempat menggosok baju. Pemikiran kami sama, "Aku lebih rela lewat ke perhimpunan daripada berpakaian kedut sepanjang hari," Maka pada hari itu, hari pertama aku lewat ke perhimpunan pagi dek kerana menunggu giliran melicinkan baju melayu. Namaku diambil oleh MTP bertugas bernama Arman. Tetapi rasa bangga tetap ada dalam diri kerana dapat hadir dengan berpakaian kemas. Oleh kerana takut untuk memberi ucapan di hadapan , maka sejak hari itu, aku tetap cuba untuk menggosok baju pada malam sebelumnya.
Ya akhi, ada blog rupanya. Hahaha.
BalasPadam