Ahad, 26 Februari 2017

JAWAPAN LATIHAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN


 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
-bertepuk
-sambutan

22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
-perasmian
-melawat

23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
- prasekolah

24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
-atlet
-memenangi

25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama
pada waktu puncak.
- terperangkap
-kemuncak

26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.
-diadakan
- Pilihanraya

27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.
- masakan
- Restoran Dusun

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
- menculik
-ditangkap
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat
diri dalam lapangan perniagaan.
- melibatkan
- Kelayakan

30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
- besar- besaran

31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
- pihak
- merunsing

32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa
untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
- menguatkuasakan

33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
- maruah
- menghindarkan

34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
- memperlebar
- bergotong- royong

35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.
- diadakan
-ke-52

36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
-kontraktor
- mengesali

37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
- memastikan
- sama ada

38. “Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
-kakitangan
- perkhidmatan




39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.
- bersatu- padu
-rasksasa

40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah
memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
- membanteras
- memperbesar

41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
- ke- 51
- dipersembahkan

42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.
-agensi
- menjalankan
43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisyen.
- efisien
- menggubal

44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenali
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.
- stesen
- diperkenalkan

45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga
dewasa.
- menghadiahi
- membesarkan

46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
- pelaksanaan
- Bahasa Inggeris

47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
-seluruh
- tersebar

20 ulasan:

  1. mohon ambil bahan ini ya tuan...

    terima kasih atas usaha tuan

    BalasPadam
  2. Latihan memang bagus! Sayang seribu kali sayang, soalan dan jawapannya pincang kerana kesalahan bahasa amat ketara, lebih-lebih lagi jawapannya juga tidak menepati skema pemarkahan. Sekian.

    BalasPadam
  3. Izinkan saya copy ya. Terima kasih 😊😊

    BalasPadam
  4. Betulkan frasa "cantik sangat sekali ?"

    BalasPadam
  5. Walaupun sudah lama ketinggalan di Kuala Lumpur,namun dailek kelantan Sahmsul tidak dapat dikikis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun sudah lama ketinggalan di Kuala Lumpur,namun dailek kelantan Sahmsul tidak dapat dikikis

      Padam
  6. Kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motorsikal yang semakin meningkat pada masa ini kebimbangan banya pihak

    BalasPadam
  7. Ketua-ketua unit beruniform diminta supaya menyediakan maklum balas terhadap aktiviti ko-kurikulum yang terlaksana sepanjang tahun ini

    BalasPadam
  8. Gangsterisme merupakan isu sosial yang semakin menularkan dalam kalangan remaja yang masih bersekolah

    BalasPadam
  9. kerajaan mengwartakan hutan simpan di setiap negeri bagi mengekalkan keindahan alam semulajadi di kawasan tersebut

    BalasPadam
  10. (1) Miisi hantar bantuan kemanusiaan yang ditaja oleh Malaysia Alan diteruskan walaupun diserang tentera Israel.

    (2)Penaikan harga minyak menyebabkan 3200 pengusaha stesyen minyak berhadapan dengan peningkatan kos operas.

    (3)Pengurangan sabsidi petrol membolehkan kerajaan salur kewangan kepada pelbagai bidang lain.

    BalasPadam
  11. Kenaikan harga bahan bakar telah memaksa rakyat di negeri ini dan seloroh dunia mengubah gaya hidup demi menampung perbelanjaan harian yang kian meningkat

    BalasPadam
  12. Hasrat kerajaan untuk menjadikan malaysia sebuah negara pencipta,perintis dan pelupor idea perlu sambutan dab didakap kemas oleh segenap lapisan masyarakat

    BalasPadam
  13. Beberapa buah motorsikal telah disita oleh pihak berkuasa kerana pemiliknya tidak memperbaharui lesen pemanduan

    BalasPadam
  14. Ariyan perlu membuat keputusan semada mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak

    BalasPadam