Rabu, 22 Februari 2017

Sukantara 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Baiklah, journal hari ini diteruskan mengenai sukantara bola tampar. Setelah perlawanan di antara Ruby dan Sapphire tamat, Topaz dan Emerald pula berlawan. Sejujurnya aku tidak berapa ingat perlawanan ini, maka kita teruskan kepada perlawanan Ruby menentang Topaz. Kami menentang dua orang pemain yang terkenal dengan pukulan mereka yang padu, Alif dan Temey.
Hari sudah pun lewat. Jam sudah menunjukkan 6.30 petang. Para pelajar sepatutnya sudah mengosongkan padang. Oleh kerana ingin menghabiskan hari itu juga, maka perlawanan tetap diteruskan. Pada mulanya Topaz mendahului, dengan servis Aidid yang sukar diagak. Bolanya tidak menentu bergerak ke arah mana menyebabkan kami susah untuk mengangkat bola ke atas. Akhirnya kami dapat melakukan servis setelah kesilapan Aidid melakukan servis. Kami mengejar semula mata. Satu ketika bola diangkat oleh uwais dengan kemas. Irfan pula menolak bola ke atas untuk aku memukulnya. Bola yang ditolak lawa pleh Irfan menyebabkan aku dapat memukulnya dengan kemas. Namun begitu, aku terlupa akan kewujudan Temey dalam pasukan sebelah. Dengan mudah dia menjadikan tangannya seakan- akan dinding yang menolak semula bola tersebut ke arahku. Dengan refleks yang pantas aku menangkat semula bola itu kepada Irfan. Seperti biasa, Temey melemparkan senyuman sinisnya. Disebabkan perkara itu aku tidak lagi mendapat tolakan bola dari Irfan atas langkah berjaga -jaga.
Satu perkara yang aku baru sedari setelah separuh masa perlawanan berlangsung. Alif dan Temey tidak menggunakan tamparan padu mereka. Mungkin kerana tiada orang mampu 'set' bola dengan baik kepada mereka. Maka ketika itu muncul cahaya kemenangan buat pasukan Ruby. Tetapi kami masih perlu berhati - hati. Pada mata ke-29, Ruby hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk memenangi sukantara bola tampar ini. Aku ingat lagi, Uwais dengan penuh keyakinan melakukan servis secara lompat. (Servis lompat merupakan teknik servis yang memerlukan latihan yang banyak dan keyakinan yang tinggi.) Uwais biasanya boleh melakukan servis ini, tetapi ketika itu servisnya tidak masuk. Mujur mata pasukan Topaz masih jauh. Dalam kolej ini , bagi aku hanya Faiz Zakwan yang boleh melakukan servis ini dengan baik. Maka kami teruskan permainan dengan cara selamat. Perlawanan tamat pada jam 6.55 petang. Pengakhiran kali ini tidak semeriah ketika melawan Sapphire, kerana semua sudah penat dan ramai penyokong sudah pulang ke asrama. Petanng itu, pasukan Ruby pulang dengan rasa bangga. Keputusan akhir perlawanan adalah, tempat pertama :Ruby, tempat kedua ,Sapphire, ketiga Topaz dan seterusnya Emerald. Maka dengan ini tamatlah journal mengenai sukantara bola tampar lelaki. Sekian.

4 ulasan:

  1. Saya cadangkan anda menonton anime bertajuk "Haikyuu". Mungkin boleh memberikan inspirasi hoho.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya telah menonton anime ini sebelum mula bermain bola tampar.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam